THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Feelhoney (Nasyid Indie)



Feelhoney merupakan sebuah kumpulan nasyid indie yang mula mengorak langkah pada tahun 2005 di Pusat Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka menyepi untuk seketika. Feelhoney yang dianggotai oleh 5 orang mahasiswa Universiti Malaya ini kembali menyemarakkan irama dakwah dengan lagu berkonsepkan religi dengan irama yang lebih segar di telinga pendengar terutamanya di Universiti Malaya. Keselesaan dan kebebasan berkarya atas nama Indie menjadikan mereka lebih kreatif untuk mencorakkan lagi irama dakwah yang dibawakan.Feelhoney setakat ini telah mampu menghasilkan beberapa buah lagu dan antara yang mendapat respon positif setakat ini adalah lagu Sujud Memohon Cinta dan Kisah Cinta. Dan dalam masa terdekat ini Feelhoney dalam proses merakamkan single pertama mereka " KISAH CINTA" yang akan dimuatkan dalam ALBUM NASYEED UNDERGROUND yang menggabungkan penasyid-penasyid indie.Insya Allah pada masa akan datang, feelhoney ingin mengorak langkah setapak lagi kehadapan untuk melahirkan mini album mereka di bawah label FEELHONEY ENTERTAINMENT sendiri yang pastinya bakal memberikan variasi tersendiri buat penggemar irama nasyid terutamanya di Universiti Malaya sendiri. Antara lagu yang bakal dimuatkan ialah :
  1. Aku ada kamu
  2. Sesuatu yang hilang
  3. Tika Bersamamu
  4. Sujud Memohon Cinta
  5. Sekadar Lelaki Biasa
  6. Kisah Cinta
Profil FH :


Nama :Hasbi Haji Muh.Ali @Bie Fh
Asal : Tawau, Sabah
Umur :23 Tahun
Status : Bujang
Pengajian : Univ. Malaya
Jurusan : Syariah
Emel : vitaminbie@yahoo.com (FB&FS)


Nama :Muhiddin Patahol Wasli @ Matt Fh
Asal : Kuching, Sarawak
Umur :23 Tahun
Status :Bujang
Pengajian : UM
Jurusan :Pendidikan Islam
Emel :mat_lee@yahoo.com (FB&FS)



Nama :Fadli Hilmi Mail @Kimo Fh
Asal :Kuala Penyu, Sabah
Umur : 23 Tahun
Status :Bujang
Pengajian :UM
Jurusan :Pengajian Islam
Emel :kunfayakun_86@yahoo.com (FB&FS)

Nama :Mohd Hanif Ismail @Anip Fh
Asal :Papar,Sabah
Umur :22 Tahun
Pengajian :UM
Jurusan :Pendidikan Islam
Emel :daniey@rocketmail.com

Nama :Nur Amin Mulia Amir Salleh @Ameen Fh
Asal :Semporna, Sabah
Status :Bujang
Pengajian :UM
Jurusan :Pendidikan Islam
Emel :alameen_utuwwah@yahoo.com

Kelab Sahabat (fanclub) : CLICK HERE
Videoklip "Kisah Cinta"-Feelhoney


Single Pertama dari kumpulan Feelhoney yang dimuatkan dalam album Nasyeed Underground.Vo.1 Dapatkan yang ori di pasaran sekarang! http://feelhoney.blogspot.com

0 comments: